Pengenalan
Setiap generasi belia akan mengalami
perubahan selaras dengan perkembangan
diri dan perubahan yang berlaku dalam
persekitaran mereka pada sesuatu ketika.
Sama ada perubahan itu membawa kesan
positif atau pun kesan negatif kepada generasi
belia tidak dapat dipastikan dengan tepat jika
tidak ada suatu mekanisme untuk memantau
perubahan tersebut dari masa ke semasa.
Pembentukan Indeks Belia Malaysia (IBM)
adalah satu usaha mewujudkan mekanisme
untuk memantau perubahan yang berlaku di
kalangan generasi belia di Malaysia. Indeks
Belia Malaysia boleh bertindak sebagai satu
kayu ukur bagi tujuan memantau dan menilai
sama ada program pembangunan Kerajaan
secara am dan program pembangunan belia
secara khusus telah menghasilkan pembentukan
generasi belia selaras dengan acuan yang
diharapkan oleh negara.
Indeks Belia Malaysia yang diwujudkan adalah
ukuran komposit mengenai kualiti, gaya hidup
dan kesejahteraan hidup generasi muda di
Malaysia yang berumur antara 15 hingga 40
tahun. Dasar Pembangunan Belia dan Akta
Pertubuhan Belia serta Pembangunan Belia
Malaysia telah pun menetapkan bahawa belia
ditakrifkan sebagai mereka yang berumur
antara 15 hingga 40 tahun.
Indeks ini yang pertama kali diwujudkan di
Malaysia mempunyai lapan domain dan 36
indikator. Pemilihan domain dan indikator
dilakukan setelah dibuat tinjauan indeks
yang digunakan di beberapa negara dan
juga mengambilkira ciri-ciri generasi belia
yang diingini oleh Malaysia sebagai sebuah
negara yang pesat membangun dan juga ciri
multibudaya penduduknya.
Lapan domain yang dikenalpasti sebagai
tunjang Indeks Belia Malaysia adalah:
|